Monday, January 10, 2011

Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (atau nama ringkasnya STAR) merupakan sebuah sekolah menengah berasrama penuh bantuan kerajaan. Sekolah ini telah dinamakan sempena Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Malaysia pertama iaitu Almarhum Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Sekolah ini terletak di di IpohPerak. Pada 14 Januari 1957, sekolah ini telah ditubuhkan di tapak kem tentera darat diBaeza Avenue (kini dikenali dengan Jalan Hospital), dan asalnya dikenali dengan Sekolah Menengah Melayu. Pada 2 Januari 1958, tapak sekolah ini berpindah ke tapak sekarang (dahulunya dikenali dengan Tiger Lane) di atas tanah seluas 46 ekar. Pada 14 Mei 1958, sekolah ini ditukar nama kepada "Sekolah Tuanku Abdul Rahman" (STAR). Tujuan utama penubuhan sekolah ini dibina oleh Kerajaan Malaysia pada waktu itu adalah untuk meningkatkan status pendidikan orang Melayu di Malaya

No comments:

Post a Comment