Monday, January 10, 2011


Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Cogan kataIlmu Panduan Hidup
Ditubuhkan1957
JenisSekolah menengah,
Berasrama penuh SBP Elit
JantinaLelaki
Penggabungan
PengetuaTuan Haji Guffri bin Alpiah AMN PPT
Pen. PengetuaEncik Zulkarnain bin Zainal Abidin
Kakitangan pengajarkira-kira 60 orang
Pelajarkira-kira 600 pelajar
LokasiJalan Sultan Azlan Shah,
IpohPerakMalaysiaBendera Malaysia
Buku tahunanPerintis
Pengetua pertamaTun Hamdan bin Sheikh Tahir (1957-1960)
Laman webhttp://www.staripoh.com/



  • 2 Januari 1957 - SMM ditubuhkan dan beroperasi di tapak kem tentera darat di Baeza Avenue, Off Ashby Road, Ipoh, Perak dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 360 orang. Pengetua pertama adalah Tuan Hj. Hamdan Bin Sheikh Tahir.
  • 26 Julai 1957 - Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Malaya membuat melawat ke sekolah.
  • 6 Januari 1958 - Sekolah berpindah ke tapak sekarang iaitu di Tiger Lane, Ipoh (kini Jalan Sultan Azlan Shah).
  • 14 Mei 1958 - Pembukaan dan penamaan rasmi sekolah ini oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman, sempena SPB Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman.
  • November 1959 - Kumpulan pelajar pertama menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE).
  • Januari 1960 - Kelas Tingkatan Empat bermula.
  • November 1961 - Kumpulan pelajar pertama seramai 155 orang menduduki peperiksaan bersama Sijil Sekolah Cambridge Luar Negara/Persekutuan Tanah Melayu.
  • Januari 1962 - Tingkatan Enam Rendah bermula.
  • November 1963 - Kumpulan pertama pelajar Tingkatan Enam Atas (Sastera dan Sains) menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC) luar negara.
  • Januari 1964 - Sejarah tercipta dengan pengambilan pertama pelajar perempuan ke tingkatan enam bawah yang menyertai kelas sains.
  • Jun 1981 - Pelancaran rasmi Kelas Matrikulasi Sains dengan Universiti Sains Malaysia.
  • 1982 - STAR menyambut Jubli Perak.
  • 2006 - STAR meraikan penubuhan 50 tahun atau Jubli Emas.

Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (atau nama ringkasnya STAR) merupakan sebuah sekolah menengah berasrama penuh bantuan kerajaan. Sekolah ini telah dinamakan sempena Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Malaysia pertama iaitu Almarhum Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Sekolah ini terletak di di IpohPerak. Pada 14 Januari 1957, sekolah ini telah ditubuhkan di tapak kem tentera darat diBaeza Avenue (kini dikenali dengan Jalan Hospital), dan asalnya dikenali dengan Sekolah Menengah Melayu. Pada 2 Januari 1958, tapak sekolah ini berpindah ke tapak sekarang (dahulunya dikenali dengan Tiger Lane) di atas tanah seluas 46 ekar. Pada 14 Mei 1958, sekolah ini ditukar nama kepada "Sekolah Tuanku Abdul Rahman" (STAR). Tujuan utama penubuhan sekolah ini dibina oleh Kerajaan Malaysia pada waktu itu adalah untuk meningkatkan status pendidikan orang Melayu di Malaya